Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Gol & Gincu Vol. 2 Bukan Kesinambungan Filem Pertama


Pengarah filem Gol & Gincu Vol. 2, Umi Salwana Omar mendedahkan filem kedua kali ini bukanlah kesinambungan dari filem pertama yang diterbitkan pada 2005.

Umi berkata naskhah sulung arahannya ini masih mengekalkan latar cerita, iaitu mengenai kehidupan pelajar universiti yang terlalu mementingkan diri dan turut mengetengahkan mengenai isu semasa yang melibatkan penggunaan media sosial yang serius di kalangan generasi muda ketika ini.

“Untuk naskhah ini saya tampil dengan barisan pelakon berbeza yang mana mereka ini bukanlah kepada barisan pelakon lama, sebaliknya mereka membawa watak berbeza. Kami hanya mengekalkan dua pelakon asal iaitu Sharifah Amani yang membawa watak sebagai Jijie dan Sazzy Falak sebagai Shasha,”

Sementara itu, penerbit Lina Tan mengatakan filem kedua Gol & Gincu masih mengekalkan tema yang sama, iaitu mengenai golongan wanita zaman kini.

“Mereka yang berpengaruh di media sosial memainkan peranan penting dalam membentuk pandangan masyarakat. Menerusi media sosial, masyarakat bebas untuk menyuarakan pandangan mereka dan keadaan ini amat berbeza berbanding kehidupan yang dilalui generasi 13 tahun yang lalu.”


Filem terbitan Redfilms ini mengisahkan tentang Zakiah (Zak) dan Zakiah (Yaya), dua pelajar universiti yang memiliki nama yang sama tetapi personaliti mereka jauh berbeza.

Selain Sharifah Amani dan Sazzy Falak, filem ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Datin Diana Danielle, Ummi Nazeera, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf dan ramai lagi.

Gol & Gincu Vol. 2 akan ditayangkan di pawagam tempatan bermula 25 Oktober ini.

Sumber: Cinema Online


Related posts

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

‘Liar’ Menang Perak Di ContentAsia Awards Ke-4 

Kakimuvee

Viu Malaysia Raikan Semangat Kemerdekaan Dengan Viu Lokal Lah!  

Kakimuvee

Hairul Azreen Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee