Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Godzilla vs. Kong” Mungkin Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming

Nampaknya, satu lagi filem blockbuster yang akan ditayangkan terus ke laman streaming!.

Menurut laporan THR, filem Godzilla vs. Kong mungkin akan ditayangkan terus di platform streaming video selepas tarikh tayangannya ditunda beberapa kali akibat pandemik COVID-19. 

Netflix dikatakan sanggup mengeluarkan modal lebih dari $200 juta dolar untuk mendapatkan hak penyiaran, tetapi WarnerMedia mungkin menghalang niat gergasi streaming itu dengan membuat tawaran balas agar Godzilla vs. Kong dapat ditayangkan di HBO Max. 

Wakil Legendary enggan memberi komen mengenai laporan yang dikeluarkan THR, manakala jurucakap Warner Bros. menegaskan bahawa “mereka masih merancang untuk menayangkan Godzilla vs. Kong dipawagam pada tahun hadapan seperti yang dirancangkan.”

Berkemungkinan besar, filem terbaru Godzilla ini akan mengikuti jejak langkah Wonder Woman 1984 dengan tayangan dipawagam, dan dalam masa yang sama melancarkannya di plaform streaming. Ketua Pegawai Eksekutif WarnerMedia, Jason Kilar dan ketua Warner Bros, Ann Sarnoff dikatakan, mereka sedang mengusahakan tawaran yang akan membolehkan siaran streaming serta “memasukkan juga tayangan di pawagam.”

Godzilla vs. Kong diarahkan oleh Adam Wingard (Death Note) berdasarkan lakonlayar yang ditulis Terry Rossio (Pirates of the Caribbean: Curse of the Black Pearl). Barisan pelakon terdiri daripada Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Eiza González, Jessica Henwick, Julian Dennison, Kyle Chandler, Demián Bichir, Zhang Ziyi, Van Marten dan Lance Reddick.

Related posts

Charlie Cox Dilihat Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”!

Kakimuvee

Bintang-Bintang Besar Hollywood Sertai Filem Misteri Arahan David O. Russell

Kakimuvee

Chris Evans Dilaporkan Sedang Dalam Rundingan Untuk Kembali Sebagai Captain America

Kakimuvee

Bruce Willis Dihalau Dari Kedai Farmasi Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

Isqandar

Rowan Atkinson Tak Suka Watak Mr Bean

Isqandar

Ray Fisher Sahkan Dia Disingkir Dari Filem “The Flash”

Kakimuvee

Leave a Comment