Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Godzilla vs. Kong” Kumpul AS$$358 Juta Dolar Seluruh Dunia, “Mortal Kombat” Kutip AS$11 Juta Pada Minggu Pertama

Godzilla vs. Kong terus mendominasi pentas box office global dengan menambah AS$ 24.1 juta dolar dipasaran antarabangsa pada minggu ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak AS$288.3 juta dolar. Jika ditambah dengan kutipn di AS, Godzilla vs. Kong berjaya mengumpul AS$ 357.8 juta dolar seluruh dunia. 

Godzilla vs. Kong berjaya mengatasi kutipan yang diraih Tenet pada tahun lalu, dan membuatkan studio Warner Bros. merasa lega selepas membuat keputusan untuk menayangkan filem itu secara serentak di HBO Max dan pawagam. Godzilla vs. Kong bukan sahaja berjaya menarik pelanggan baru ke HBO Max, malah kutipannya telah menampung kos pengeluaran filem dan pemasaran. 

Sementara itu, satu lagi filem Warner Bros., Mortal Kombat telahpun memulakan tayangannya di beberapa negara termasuk Malaysia pada minggu lalu. Menurut Deadline, filem reboot itu telah mengutip AS$ 11 juta dolar di 17 pasaran antarabangsa seperti Rusia, Arab Saudi, dan Taiwan. 

Kutipan Mortal Kombat dijangka bertambah apabila ia memulakan tayangannya di negara lain termasuklah di negara sendiri Amerika Syarikat. Mortal Kombat merupakan antara salah satu filem Warner Bros. yang ditayangkan secara serentak di pawagam dan HBO Max. 

Godzilla vs. Kong merupakan filem keempat dalam francais MonsterVerse selepas Godzilla (2014), Kong; Skull Island dan Gozilla: King of the MonstersAdam Wingard (Death Note) mengarahkan filem ini berdasarkan lakonlayar yang ditulis Eric Pearson (Thor: Ragnarok) dan Max Borenstein (The Terror)

Barisan pelakon terdiri daripada Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Eiza González, Jessica Henwick, Julian Dennison, Kyle Chandler, Demián Bichir, Zhang Ziyi, Van Marten dan Lance Reddick.

Mortal Kombat dibintangi Chin Han sebagai Shang Tsung, Hiroyuki Sanada sebagai Scorpion, Joe Taslim sebagai Sub Zero, Mehcad Brooks sebagai Jax, Ludi Lin sebagai Liu Kang, Jessica McNamee sebagai Sonya Blade, Josh Lawson sebagai Kano serta Lewis Tan.

James Wan dan syarikat penerbitannya, Atomic Monster menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Garner. Larry Kasanoff, E. Bennet Walsh, Michael Clear dan Sean Robins bertindak selaku penerbit eksekutif, manakala Simon McQuoid sebagai pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee