Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Godzilla vs. Kong” Kuasai Box Office Tempatan & Asia

Godzilla dan King Kong, raksasa di layar perak dan box office, telah memulakan tayangannya di pawagam seluruh Asia. Entri terbaru dalam francais Monster Universe, Gdozilla vs. Kong, telah membuat debut di rantau ini pada 24 Mac, dan segera menarik peminat di Malaysia untuk menjadi filem #1 di negara ini. 

Filem edaran Warner Bros. ini telah melepasi jangkaan Box Office dan memperoleh kutipan sebanyak $25.2 juta dolar di seluruh rantau Asia Tenggara, India dan Korea Selatan pada minggu pembukaannya, dengan pasaran Malaysia menyumbang $2.1 juta dolar. Ini merupakan kutipan pembukaan terbesar untuk filem era Covid serta pembukaan hujung minggu terbesar untuk MonsterVerse Warner Bros. 

Jelas sekali penonton sangat teruja untuk kembali ke pawagam dan menikmati filem blockbuster di layar lebar. Godzilla vs. Kong juga melakar sejarah apabila menjadi pembukaan IMAX Monster Universe terbesar di 13 wilayah antarabangsa termasuklah India dan Taiwan.

Di China, di mana filem ini dibuka pada 26 Mac dan diedarkan oleh Legendary Picures, telah mengutip $70.3 juta dolar dari 42,000 panggung wayang dengan penguasaan 82 peratus pasaran box office. Di Amerika Syarikat, Godzilla vs. Kong telah ditayangkan serentak di pawagam dan HBO Max pada 31 Mac yang lalu.

Antara filem Warner Bros. yang dilancarkan ketika pandemik adalah Tenet, Wonder Woman 1984, Tom & Jerry: The Movie, Judas and the Black Messiah, dan yang akan datang, Mortal Kombat. 

Legenda bertembung dalam Godzilla vs Kong ketika musuh mitos ini bertemu dalam pertarungan menakjubkan selama berabad-abad, dengan nasib dunia bergantung pada mereka. Kong dan pelindungnya melakukan perjalanan berbahaya untuk mencari kediamannya yang sebenar, dan bersama mereka adalah Jia, seorang gadis yatim piatu yang telah membentuk ikatan yang unik dan kuat terhadap Kong. Tetapi mereka mendapati diri mereka berada di laluan Godzilla yang sedang marah, menyebabkan sejumlah kehancuran besar di seluruh dunia. Konfrontasi awal antara dua Titan – dihasut oleh kekuatan yang tidak dapat dilihat – hanyalah permulaan misteri yang terletak jauh di dalam teras Bumi.

Diarahkan Adam Wingard, Godzilla vs. Kong dibintangi Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall dan ramai lagi.

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment