Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Godzilla vs. Kong Ditukar Tarikh Tayangan Ke November 2020

Bagi peminat yang tidak sabar untuk melihat pertembungan diantara dua ‘raja’ dalam filem Godzilla vs. Kong, anda mungkin terpaksa bersabar sedikit. Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, studio Warner Bros. dan Legendary telah membuat keputusan untuk menangguhkan tayangan filem tersebut dari 13 Mac 2020 ke 20 November 2020.

Sebelum ini, pengurusi Warner Bros., Toby Emmerich telah memberi ‘hint’  bahawa filem Godzilla vs Kong mungkin akan ditangguhkan tayangan. Semasa persidangan yang berlangsung pada Jun yang lalu, Emmerich mencadangkan agar filem itu ditangguhkan supaya mereka boleh memberikan sebuah “filem bergred A+”.

Filem sebelum ini iaitu Godzilla: King of the Monsters gagal mendapat kutipan yang memberangsangkan apabila hanya mampu meraih $385.9 juta dolar berbanding kos pembikinan yang mencecah $200 juta dolar. Filem akan datang akan menyaksikan Godzilla dan Kong akan berpadu tenaga untuk mencabar filem terbitan Marvel, Eternals yang akan ditayangkan pada 6 November.

Godzilla vs Kong arahan Adam Wingard merupakan sambungan kepada King of the Monsters dan Kong: Skull Island. Penggambaran telah bermula pada November tahun lalu dan selesai pada bulan April. Millie Bobby Brown, Kyle Chandler, dan Zhang Ziyi akan kembali membawakan watak mereka dalam filem sebelumnya.

Selain itu juga, beberapa pelakon turut menyertai barisan pelakon Godzilla vs Kong termasuklah ulian Dennison, Brian Tyree Henry, Jessica Henwick, Demián Bichir, dan Rebecca Hall.

Related posts

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

[VIDEO] Prolog ‘Jurassic World Dominion’ Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

Kakimuvee

Leave a Comment