Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

GODZILLA VS. KONG Diklasifikasikan PG-13


Klasifikasi rating filem Godzilla vs. Kong telahpun didedahkan!

Seperti dijangka, Motion Picture Association of America telah memberi rating PG-13 kepada filem terbitan Legendary Pictures itu. Pemberian rating itu berdasarkan terdapat ‘adegan keganasan dan kemusnahan serta mengandungi bahasa kesat‘.

Filem arahan Adam Wingard ini merupakan sambungan kepada filem Godzilla: King of the Monsters dan Kong: Skull Island. Penggambaran telah bermula pada November tahun lalu dan selesai pada bulan April. Millie Bobby Brown, Kyle Chandler, dan Zhang Ziyi akan kembali meneruskan watak mereka dari filem sebelumnya.

Turut menyertai barisan pelakon Julian Dennison, Brian Tyree Henry, Jessica Henwick, Demián Bichir, dan Rebecca Hall.

Jika tiada perubahan tarikh, filem Godzilla vs Kong dijadualkan  menemui penonton pada 20 November 2020.



Related posts

Sekuel Godzilla vs. Kong Akan Ditayangkan Pada 2024

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Kuasai Box Office Tempatan & Asia

Kakimuvee

Review Filem: Godzilla vs. Kong (2021)

Kakimuvee

Mari Kita Baca Reaksi Awal Pengkritik Tentang “Godzilla vs. Kong”

Kakimuvee