Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Godzilla: King Of The Monsters Catat Kutipan $187 Juta Dolar Seluruh Dunia


Sehingga 4 Jun 2019, filem Godzilla: King Of The Monsters berjaya meraih $187 juta dolar seluruh dunia sejak ia mula ditayangkan pada 30 Mei yang lalu. Walaubagaimanapun, kutipan minggu pertama filem tersebut gagal mengatasi kutipan filem Godzilla (2014) dengan kutipan hanya $57 juta dolar berbanding filem pertama yang mengutip $93 juta dolar.

Kutipan antarabangsa filem sekuel kali ini sedikit memberangsangkan dengan kutipan sebanyak $130 juta dolar berbanding filem pertama yang mengutip $103 juta dolar.

Kutipan terkini Godzilla: King of the Monsters telahpun berjaya melepasi kos pembikinan yang menelan belanja $170 juta. Bagaimanapun filem ini perlu bersaing dengan beberapa filem blockbuster lain seperti Aladdin, X-Men: Dark Phoenix dan beberapa filem akan datang untuk terus mencatat keuntungan dan dalam masa yang sama cuba mengatasi kutipan filem terdahulu yang berjaya meraih $529 juta dolar.

Diarahkan Michael Dougherty dan sekuel kali ini dibintangi Vera Farmiga, Millie Bobby Brown disamping dua pelakon dari filem pertama, Sally Hawkins dan Ken Watanabe.

Godzilla: King of the Monsters kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee