Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Godzilla 2 Sudah Selesai Pengambaran

Selepas memuatnaik dua gambar filem terbaru Godzilla: King of Monster dilaman twitter, Michael Dougherty mengumumkan mereka telah selesai penggambaran filem berkenaan dan kini sudah memasuki proses post-production. Menerusi laman Twitter beliau, Dougherty telah mengucapkan terima kasih kepada pelakon dan krew yang telah menjayakan proses penggambaran filem

Michael Dougherty telah dipilih untuk mengarahkan filem terbaru ini dan beliau telah memilih beberapa pelakon hebat seperti Vera Farmiga, Millie Bobby Brown disamping dua pelakon dari filem pertama, Sally Hawkins and Ken Watanabe. Penggambaran filem ini dijalankan dengan penuh kerahsiaan dan hanya beberapa gambar diset pengambaran yang telah bocor dan tersebar kepada media dan juga peminat. Malah pengarah itu juga hanya mendedahkan prop dan gambar lama raksasa Mothra

Kini mereka dalam proses untuk memasukkan visual efek serta CGI, dan proses ini mungkin akan mengambil masa yang lama kerana ianya turut dihasilkan dalam versi 3D dan IMAX.

Godzilla: King of Monster akan memberi fokus kepada agensi rahsia kerajaan yang dikenali sebagai Monarch berhadapan dengan beberapa lagi raksasa selain Godzilla yang mula muncul. Mereka perlu merangka strategi serta perancangan rapi untuk melindungi manusia dari raksasa-raksasa selain Godzilla iaitu Mothra dan Rodan, serta musuh ketat kepada Godzilla, King Ghidorah.

Godzilla: King of Monster dijangka akan ditayangkan pada Mac 2019

Related posts

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Leave a Comment