Gladiator 2 Tetap Akan Dihasilkan

89
views

Perancangan filem sekuel Gladiator dilihat sepi tanpa sebarang khabar berita. Walaupun diumumkan pada November tahun lalu, tiada sebarang perkembangan mengenai filem ini diperkatakan di media-media hiburan antarabangsa.

Terbaru, penerbit Men In Black: International, Walter F Parke dan Laurie MacDonald mengesahkan Gladiator 2 tetap akan dihasilkan dengan pengarah Ridley Scott akan kembali menerajui pembikinan filem ini bersama-sama penulis skrip sekuel filem Top Gun, Peter Craig.

“We’re working with Ridley,” That’s one we wouldn’t touch unless we felt in a way to do it was legitimate. We’re working with an amazing writer as well – Peter Craig.”

Penerbit itu juga turut mendedahkan serba sedikit plot filem Gladiator 2 dimana filem tersebut akan ditetapkan 25 ke 30 tahun selepas pertarungan di Colosseum yang menyaksikan Maximus berjaya membunuh Commodus.

Laporan awal turut mengatakan, Gladiator 2 akan memberi fokus kepada karakter Lucius, anak perempuan kepada Lucilla dan jua anak saudara kepada Commodus.

Jadi kepada peminat filem Gladiator 2, adakah anda tidak sabar mahu menyaksikan sekuel filem epik ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here