Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Gina Carano Digugurkan Dari “The Mandalorian” Susulan Catatan Kontroversi Di Media Sosial


Studio Lucasfilm mengumumkan Gina Carano bukan lagi sebahagian daripada barisan pelakon siri The Mandalorian selepas ramai netizen menggesa agar dia digugurkan berhubung satu catatan media sosial yang menyamakan pengalaman orang Yahudi semasa Holocaust dengan iklim politik Amerika Syarikat.

Seorang jurucakap syarikat penerbitan itu berkata dalam satu kenyataan pada Rabu (11 Feb) bahawa Carano tidak lagi diambil oleh Lucasfilm dan pihaknya “tiada rancangan untuk mengambilnya bekerja di masa depan”.

Walau apapun, catatan media sosialnya yang memperkecilkan orang berdasarkan identiti budaya dan agama mereka sangat menjijikkan dan tidak dapat diterima,” tegas kenyataan itu.

Carano menerima kecaman netizen mengatakan bahawa “Orang Yahudi dipukul di jalanan, bukan oleh askar Nazi tetapi oleh jiran tetangga mereka …. bahkan oleh kanak-kanak”.

Tambah pelakon itu lagi, “Kerana sejarah disunting, kebanyakan orang hari ini tidak menyedari bahawa untuk sampai ke tahap askar Nazi boleh mengumpulkan ribuan orang Yahudi dengan mudah, pemerintah terlebih dahulu membuat jiran mereka sendiri membenci mereka hanya kerana mereka orang Yahudi. Bagaimanakah itu berbeza daripada membenci seseorang kerana pandangan politiknya?


Carano, yang membawa watak Cara Dune dalam siri hit Star Wars, bagaimanapun memadam catatan itu, tetapi ia telah dikongsi secara meluas sehingga mencetuskan tanda pagar #FireGinaCarano dimana netizen mahu dia dipecat dari The Mandalorian.

Pelakon itu juga pernah dikritik berhubung catatan-catatan media sosial yang mengejek pemakaian pelitup semasa pandemik dan mendakwa penipuan dalam pilihan raya presiden 2020. 

Sumber: berita.mediacorp.sg


Related posts

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

CEO Disney Bob Iger Mahu Kurangkan Kandungan Marvel & Star Wars

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaru “Star Wars: The Mandalorian” Musim 3

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee

Tajuk “Indiana Jones 5” Telah Didedahkan, Saksikan Juga Trailer Terbaru Disini

Kakimuvee