Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Giliran Salma Hayek Pula Dikaitkan Dengan Filem Marvel The Eternals


Bintang filem The Hitman’s Bodyguard Salma Hayek, dilaporkan sedang berbincang dengan Marvel Studios untuk membintangi filem terbaru Marvel Cinematic Universe, The Eternals. 

Bagaimanapun, berdasarkan laporan dari laman The Wrapkarakter yang bakal dibawa oleh aktres tersebut masih lagi tidak diketahui.

The Eternals akan diarahkan Chloe Zhao manakala skrip ditulis oleh Matthew dan Ryan Firpo. Selain Hayek, beberapa pelakon terkemuka turut dikaitkan dengan filem terbaru Marvel ini, antaranya Angelina Jolie, Richard Madden dan Kumail Nanjiani.

Filem The Eternals berdasarkan dari karakter komik Marvel, Eternals yang dicipta legenda komik, Jack Kirby pada tahun 1976. Eternals merupakan bangsa purba yang dicipta jutaan tahun dahulu oleh entiti kosmik yang dikenali sebagai Celestials.

Setakat ini, tiada tarikh tayangan rasmi diberikan kepada filem The Eternals, tetapi berkemungkinan besar akan memulakan produksinya pada penghujung tahun ini.



Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee