Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

The Gifted: Info, Trailer dan Gambar Pertama Polaris, Anak Perempuan Magneto

Selepas menghasilkan siri TV X-Men, Legion pada tahun lepas, kali ini FOX dan Marvel telah mengeluarkan siri tv terbaru karakter mutant tersebut yang berjudul The Gifted. Ditulis oleh Matt Nix dan diterbitkan oleh orang kuat franchise X-Men, Bryan Singer, The Gifted akan menemui penonton tidak lama lagi.

Siri tv berkenaan akan menceritakan kehidupan sebuah keluarga yang menjadi kucar kacir apabila mengentahui anak mereka mempunyai kuasa mutant. Kerana bimbang dengan keadaan yang berlaku pada anak mereka, keluarga berkenaan telah melarikan diri dari rumah (kerana diburu oleh sebuah agensi kerajaan) dan cuba mencari mutant yang hidup secara rahsia untuk meminta bantuan.

Apa yang menariknya siri tv ini, ia akan mekaranampilkan beberapa karakter yang kita cukup “familiar” dalam filem-filem X-Men. Antara karakter filem yang telah disahkan akan turut berada dalam siri The Gifted ialah Blink. Karakter tersebut ada dalam filem X-Men: Days of Future Past dan dilakonkan oleh Fan Bingbing, cuma untuk siri ini, watak tersebut akan dibawa oleh Jamie Chung.

Adakah siri The Gifted akan bersangkut paut dengan franchise filem X-Men?

Sebelum ini Legion dikatakan mempunyai kaitan dengan filem-filem X-Men, tetapi penerbit Bryan Singer telah memaklumkan siri tersebut tidak berkait dengan versi filem, sebaliknya memaklumkan siri tv terbaru (The Gifted) akan mempunyai kaitan dengan filem X-Men, jadi kemungkinan The Gifted dan filem-filem X-Men akan berkongsi universe.

Teaser Trailer

Siri tv ini dibintangi beberapa pelakon berbakat diantaranya  Stephen Moyer, Amy Acker,  Sean Teale, Jamie Chung, Coby Bell, Emma Dumont, Blair Redford, Natalie Alyn Lind, dan Percy Hynes. Antara karakter mutant yang ada dalam siri TV ini diantaranya, Blink, Polaris (anak Magento), Thunderbird dan karakter utama mutant, Eclipse. Stan Lee juga akan muncul sebagai cameo dalam siri pertama berjudul “Pilot” yang akan ditayangkan nanti.

Bryan Singer telah mendedahkan penampilan pertama Polaris (yang dilakonkan oleh Emma Dumont) di laman Instagram beliau;

https://www.instagram.com/p/BT5KQxwhFl6/?taken-by=bryanjaysinger

Polaris merupakan anak kepada Magneto dan adik tiri kepada Quicksilver dan Scarlet Witch. Abilitinya sama seperti ayahnya yang mampu mengawal metal, tetapi tidak sekuat ayahnya. Walaupun ayahnya seorang villain dalam dunia Mutant, Polaris bukalah seperti ayahnya, sebaliknya dia menyertai X-Men dan menjadi superheroin.

The Gifted akan menjadi sebuah lagi siri mutant yang menarik untuk ditonton selepas tayangan Legion. Jadi kepada peminat X-Men dan Marvel, jangan lupa untuk tonton siri tv ini di Channel FX yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Related posts

“The Boys” Disambung Hingga Musim 4

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan “Dota: Dragon’s Blood” Musim 3, Dedah Pandangan Pertama

Kakimuvee

Ewan McGregor Kongsi Reaksi Krew Produksi Selepas Melihat Hayden Christensen Sebagai Darth Vader

Kakimuvee

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment