Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Giancarlo Esposito Mengesahkan Pertemuan Dengan Marvel Studios, Berharap Dapat Bawa Watak Professor X


Marvel Studios baru-baru ini telah mengembangkan pergembaraan ‘multiverse’ menerusi filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, dan menerusi filem itu, mereka telah memperkenalkan beberapa adiwira dari alam semesta alternatif yang dikenali sebagai 838. 

Dalam dunia tersebut, Patrick Stewart telah kembali sebagai Professor Xavier, dan peminat juga akhirnya dapat melihat John Kasinski sebagai Reed Richards/Mr. Fantastic. 

Di alam utama MCU, iaitu 616, tiada watak Professor X, dan ini telah membuka ruang kepada mana-mana pelakon untuk memainkan peranan ikonik tersebut.

Antara khabar angin yang kini bermain di kalangan peminat adalah mereka mahu bintang Breaking Bad dan The Mandalorian, Giancarlo Esposito menyertai Marvel Studios. 

Baru-baru, pelakon itu telah mengesahkan pertemuan dengan studio itu untuk menyertai francais blockbuster Marvel Cinematic Universe.


Dalam video baharu di akaun TikTok @countdowncitygeeks (The Direct), pelakon itu mendedahkan perbincangan dengan Marvel dan dia berharap dapat memainkan watak sebagai Professor X.

Jadi, saya belum bekerja untuk Marvel lagi,” dedah pelakon itu. “Saya pernah berada di dalam bilik dengan mereka dan bercakap dengan mereka”

Ada perbincangan tentang Magneto, ada perbincangan tentang Dr. Freeze, ada perbincangan, siapa lagi yang mereka bincangkan di sana? Oh, Doom! Dan ada Profesor X. Pilih satu? Saya akan memilih sesuatu yang sedikit berbeza. Saya akan memilih dan meletakkan di alam semesta ini bahawa ia adalah Profesor X.” ujar Esposito lagi.

@countdowncitygeeks #giancarloesposito announces which character he may play in the#marveluniverse! #superherocarshowandcomiccon #fyp #foryourpage #celebfanfest #comiccon2022 #marvel #countdowncitygeekcast #sanantoniotx ♬ original sound – countdowncitygeeks

Studio itu baru-baru ini mendedahkan rancangan mereka untuk tiga tahun yang akan datang dengan dua filem terbaru Avengers : Avengers: The Kang Dynasty dan Avengers: Secret Wars, yang mana kedua-duanya akan memasuki pawagam pada tahun 2025.

Namun, perancangan untuk filem X-Men masih belum diumumkan secara rasmi walaupun bos Marvel Studios memberi jaminan mengenai filem adiwira mutan itu. Tetapi, Marvel Studios memiliki cara mereka yang tersendiri untuk menggoda setiap pekara baharu yang bakal di perkenalkan di masa hadapan, terutama ketika adegan pasca kredit

Sumber: Comicbook.com


Related posts

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee