Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Ghostface Kembali Dalam Trailer Pertama Scream

Paramount Pictures telah melancarkan trailer rasmi Scream untuk ansuran kelima yang sangat dinanti-nantikankan dari francais ikonik dengan nama sama. Trailer tersebut menampilkan kepulangan semula Neve Campbell sebagai Sidney Prescott, David Arquette sebagai Dewey Riley dan Courteney Cox sebagai Gale Weathers. Filem ini dijadualkan tayangan pada 14 Januari 2022. 

Trailer Scream 5 dimulakan dengan deringan telefon yang biasa didengari dan berakhir dengan kematian mengerikan seorang remaja perempuan. Video itu juga turut memberikan kepada kita pandangan pertama mengenai watak-watak baru yang kini menghadapi ancaman Ghostface.

Ansuran kelima Scream diarahkan oleh pembikin filem Ready or Not, Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett, berdasarkan lakonlayar yang ditulis James Vanderbilt (Zodiac) dan Guy Busick (Ready or Not).

Sinopsis: “Dua puluh lima tahun selepas rentetan pembunuhan kejam yang mengejutkan kota Woodsboro yang sunyi, seorang pembunuh baru telah memakai topeng Ghostface dan mula mensasarkan sekumpulan remaja untuk membangkitkan rahsia dari masa lalu yang sangat menakutkan di kota ini.”

Pelakon asal, Neve Campbell, Courteney Cox, David Arquette, dan Marley Shelton akan kembali mengulangi peranan mereka dari filem terdahulu. Mereka akan disertai pendatang baru francais seperti Jack Quaid (The Boys), Melissa Barrera (Vida), Jenna Ortega (The Babysitter: Killer Queen), Mason Gooding (Booksmart), Dylan Minnette (13 Reasons Why), Kyle Gallner (Ghosts of War), Jasmin Savoy Brown (The Leftovers) dan Mikey Madison (Better Things)

Tonton trailer Scream 5 dibawah:

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment