Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ghostbusters 2020 Telah Selesai Menjalani Penggambaran


Selepas menjalani penggambaran selama 68 hari, filem Ghostbusters 2020 akhirnya kini memasuki fasa pasca-produksi selepas selesai penggambarannya. Pekara tersebut didedahkan laman Instagram rasmi Sony Pictures apabila berkongsi gambar pengarah Jason Reitman dan ayahnya, Ivan Reitman (yang mengarahkan dua filem asal Ghostbusters) bersama-sama para pelakon Ghostbuster 2020. Anda boleh lihat gambar tersebut dibawah.

Ghostbusters 2020 dibintangi pelakon kanak-kanak Mckenna Grace, Carrie Coon, Finn Wolfhard dan Paul Rudd yang akan memainkan peranan sebagai seorang guru. Para pelakon asal Ghostbuster turut membintangi filem ini dengan membawakan watak masing-masing. Mereka terdiri daripada Bill Murray Sigourney Weaver, Annie Potts, Dan Akyroyd dan Ernie Hudson.

Plot rasmi masih belum didedahkan, tetapi dikhabarkan, penceritaannya akan tertumpu kepada seorang ibu tunggal dan keluarganya dimana Coon akan memainkan peranan sebagai seorang ibu kepada karakter lakonan Mckenna Grace dan Finn Wolfhard.

Jason Reitman bertindak selaku pengarah, menggantikan tempat ayahnya Ivan Reitman yang mengarahkan dua filem awal. Ivan Reitman akan bertindak selaku penerbit. Reitman juga turut menulis filem ini bersama-sama Gil Kenan.

https://www.instagram.com/p/B3xle0wAsLi/?utm_source=ig_web_copy_link



Related posts

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

Brie Larson Akan Terajui Spin-Off ’21 Jump Street’

Kakimuvee

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Telah Melepasi AS$500 Juta Seluruh Dunia

Kakimuvee

Selepas Bocor Di Media Sosial, Sony Lancar Trailer & Poster ‘Kraven The Hunter’

Kakimuvee