Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ghost in the Shell, Siri Anime Yang Difilemkan


ghost-in-the-shell

Paramount Pictures telah membawa siri manga dan anime Ghost in the Shell ke layar perak dengan bintang filem Avengers Scarlett Johansson membawa watak utama iaitu “The Major” dan pengarah filem Snow White and the Huntsman, Rupert Sanders diberi tanggujawab untuk mengarahkan filem ini.

Berdasarkan dari siri manga yang dihasilkan oleh Masamue Shirow, Ghost in the Shell ini bakal mengisahkan The Major, (yang merupakan “human-cyborg hybrid”) mengetuai skuad elite yang dikenali sebagai Section 9, membanteras penjenayah yang ganas dan extremist di bandar masa depan Hong Kong. Pada masa yang sama, The Major terpaksa berhadapan dengan masa lampau yang terdapat dalam dirinya semasa dia belum menjadi huma-cyborg.

Official trailer filem ini yang berdurasi selama 2:17 saat telah pun dilancarkan di Tokyo semasa pelancaran filem Ghost in the Shell. 

Siri manga Ghost in the Shell ini telah dihasilkan oleh Masamue Shirow pada tahun 1989. Kemudian studio animasi Production I.G mula menghasilkan beberapa siri anime dan pada tahun 1995, filem pertama dibawah tajuk yang sama telah dihasilkan. Filem berkenaan menceritakan kisah Section 9 menyiasat penjenayah yang dikenali sebagai Puppet Master.

Kemudian dari tahun 2002, sehingga 2015 beberapa siri tv dan filem animasi Ghost in the Shell telah dihasilkan dan menerima pelbagai respon dari peminat manga. Pada tahun 2008, pihak DreamWorks merancang untuk menghasilkan filem Live Action dan mula mengumpulkan krew dan menawarkan kontrak lakonan kepada para pelakon.


Pada 1 Februari 2016, mereka telah memulakan produksi versi live-action siri ini dan akan ditayangkan pada 31 Mac 2017.

ghost-in-the-shell-movie

Walaubagaimanapun, penghasilan filem ini mendapat kontroversi apabila peminat anime ini mempertikaikan pemilihan pelakon dimana pelakon berkulit putih telah dipilih untuk membawakan beberapa watak penting dalam filem ini sedangkan ia adalah filem berdasarkan siri anime yang rata-ratanya adalah watak berbangsa Jepun.

Apapun kita nantikan kritikan yang bakal diterima apabila filem ini ditayakan pada 31 Mac 2017 nanti.

Official Trailer


Related posts

Poster karakter ‘Asteroid City’ Papar Barisan Pelakon Hebat Filem Terbaru Wes Anderson

Kakimuvee

Siri TV LUCY Sedang Dibangunkan, Morgan Freeman Kembali Mengulangi Peranan

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Chris Evans & Scarlett Johansson Bintangi Filem “Project Artemis”

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee