Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Get Out Filem Paling Untung Tahun 2017

Get Out

Get Out, boleh dianggap filem paling sukses tahun 2017. Filem seram arahan Jordan Peele itu bukan sahaja mendapat review yang cukup positi dari pengkritik dan penonton filem, malah dari segi keuntungan, filem berkenaan mencatat peratusan keuntungan yang cukup tinggi berbanding filem-filem lain.

Dengan bermodalkan hanya $4.5 juta ditambah dengan kos promosi sebanyak $30juta, Get Out telah mengutip keuntungan kasar sebanyak $252 juta diseluruh dunia, 600% pulangan dari modal yang dikeluarkan untuk menghasilkan dan mempromosikan filem ini. Antara faktor yang menyumbang kepada populariti filem ini adalah kuasa media sosial.

James McAvoy – Filem Split

Filem kedua yang turut mencatat keuntungan besar adalah filem arahan M. Night Shyamalan iaitu Split apabila berjaya mengaut $277 juta dollar berbanding modal yang dikeluarkan untuk penghasilan filem ini sebanyak $9 juta.

Apa yang menariknya, kedua-dua filem berkenaan dikeluarkan oleh syarikat produksi yang sama iaitu Blumhouse. Produksi berkenaan terkenal dalam menghasilkan filem seram berbudget rendah serta kerap mengeluarkan modal yang sangat minimum untuk promosi dan pengiklanan filem-filem mereka. Tetapi masih mampu mengaut keuntungan besar.

Satu lagi filem seram keluaran produksi berkenaan yang akan ditayangkan tahun ini iaitu Happy Death Day, sebuah filem slasher. Filem berkenaan akan ditayangkan pada 13 Oktorber ini, dan dijangka akan mengaut keuntungan besar sama seperti filem Get Out dan Split.

Related posts

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Leave a Comment