Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gerard Butler Teruskan Watak Mike Banning Dalam Filem Keempat HAS FALLEN

Bintang filem aksi Gerard Butler dilaporkan telah menandatangani perjanjian untuk teruskan peranan Mike Banning dalam filem keempat Has Fallen bertajuk Night Has Fallen. 

Menurut laporan Deadline, pengarah Angel Has Fallen, Ric Roman Waugh akan kembali menjadi pengarah dalam projek akan datang. Waugh dan Butler sebelum ini telah berkolaborasi dalam projek Greenland yang mana filem terbaru itu akan dilancarkan pada Disember ini.  

Maklumat lanjut mengenai plot filem dan barisan pelakon yang lain masih belum didedahkan. Lakonlayar Night Has Fallen akan ditulis oleh Robert Kamen bersama-sama Butler, dan Alan Seigel akan menjadi penerbit.

Filem pertama yang ditayangkan pada 2013 berjudul Olympus Has Fallen menyaksikan White House (codenamed “Olympus”) telah ditawan pengganas. Filem kedua, London Has Fallen (2016) menyaksikan Mike Banning terperangkap dalam plot untuk membunuh pemimpin dunia yang menghadiri majlis pengebumiaan Perdana Menteri Britain, manakala filem ketiga, Angel Has Fallen (2019) memaparkan Mike Banning telah dituduh kerana cuba untuk membunuh Presiden A.S.

Francais Has Fallen telah berjaya mengutip lebih $500 juta dolar seluruh dunia. Night Has Fallen akan menjalani penggambaran di Bulgaria tidak lama lagi.

Related posts

The Suicide Squad: James Gunn Goda Beberapa Babak ‘Post-Credit’

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee