Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

“Geran” & “Wira” Berada Dalam Senarai Top 10 Filem Aksi/Seni Bela Diri Asia Terbaik 2020

Siapa sangka, dua filem aksi seni bela diri tempatan berada di kedudukan lebih baik berbanding filem aksi popular dari Korea Selatan dan China. 

Laman sesawang Asian Movie Pulse baru-baru ini telah menyenaraikan filem-filem dari 2019 dan 2020 dalam 10 Filem Aksi/Seni Bela Diri Terbaik Asia 2020. Dalam senarai 10 terbaik itu, filem aksi dari Malaysia, iaitu Geran dan Wira berjaya tersenarai ditangga ketiga dan keempat. 

Senarai 10 terbaik itu didominasi filem dari negara Korea Selatan menerusi filem Time to Hunt, Deliver Us From Evil, dan Train to Busan. Filem lakonan Jackie Chan, Vanguard berada di kedudukan ketujuh, manakala filem adiwira pertama BumiLangit Universe arahan pengarah tersohor Indonesia, Joko Anwar iaitu Gundala, turut tersenarai di tangga kesembilan.

Di bawah merupakan senarai 10 Filem Aksi/Seni Bela Diri Asia Terbaik 2020:

  1. Time to Hunt (Korea Selatan)
  2. Crazy Samurai Musashi (Jepun)
  3. Geran (Malaysia)
  4. Wira (Malaysia)
  5. Wild Swords (China)
  6. Deliver Us From Evil (Korea Selatan)
  7. Vanguard (China)
  8. Enter the Fat Dragon (Hong Kong)
  9. Gundala (Indonesia)
  10. Train to Busan: Peninsula (Korea Selatan)

Wira yang menampilkan pelakon Hairul Azreen sebagai watak utama berjaya meraih kutipan RM7.6 juta selepas 41 hari ditayangkan di pawagam dan kemudiannya ditayangkan di portal penstriman video popular Netflix.

Diarahkan oleh Adrian Teh, filem itu turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Yayan Ruhian, Fify Azmi, Dain Said, Dato’ Hilal Azman, Ismi Melinda, Josiah Hogan dan Henley Hii.

Sementara itu, Geran yang merupakan filem aksi persilatan arahan Areel Abu Bakar melakar sejarah sendiri apabila ia diiktiraf di Festival Filem Asia Five Flavours ke-14 serta merangkul anugerah di Festival Filem Asia New York (NYAFF) ke-19.

Filem itu membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Namron, Khoharullah Majid, Feina Tajuddin, Fad Anuar, Azlan Komeng dan Megat Shahrizal.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Spilt Gravy Dominasi Festival Filem Malaysia Ke-32, Bawa Pulang Trofi Filem Terbaik

Kakimuvee

OST Mechamato Movie ‘Temaniku’ Cecah 8 Ribu Putaran Di Spotify

Kakimuvee

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Rasuk & Tiga Janda Melawan Dunia Raih 17 Pencalonan FFM32

Kakimuvee

Viu Malaysia Umum Lima Viu Original Bagi Tahun 2023

Kakimuvee

Drama Terbaru Viu Original, Hilang, Ketengahkan Elemen Seram & Mendebarkan

Kakimuvee

SPOTV Akan Menyiarkan “All Elite Wrestling” Secara Ekslusif Di Malaysia

Kakimuvee

Leave a Comment