Official Trailer

Geran, Filem Silat Tempatan Yang Harus Ditonton Pada 10 Oktober Ini!

Views

Kepada peminat yang gemarkan filem aksi seni mempertahankan diri seperti Merantau Warrior, Ong-Bak ataupun The Raid, anda seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan filem aksi tempatan berjudul Geran. 

Filem arahan Areel Abu Bakar ini mengangkat seni gila Gayong dalam mempersembahkan adegan-adegan aksinya, dan dijamin akan memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga.

Geran berkisarkan tentang Ali dan Fatimah tertekan dengan adik bongsu mereka, Mat Arip, apabila dia gagal pulang ke rumah bersama geran tanah pusaka mereka. Kini Ali perlu mencari Mat Arip, yang telah terjebak ke jalan yang salah dan terbabit dengan perjudian serta lumba kereta haram, dan membawanya pulang ke pangkuan bapa mereka, Pak Nayan.

Filem edaran Empire Film Solution ini dibintangi pelakon seperti Namron, Fatimah Abu Bakar, Khoharullah, Feiyna Tajudin serta ramai lagi dan akan menemui penonton mulai 10 Oktober ini.

BACA:  Saksikan Trailer I See You Lakonan Helen Hunt

Tinggalkan Balasan

shares