Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

George Lucas Rasa Diri Teraniaya Ideanya Untuk Filem Star Wars Ditolak Disney

Dalam buku terbaru yang ditulis oleh CEO Disney Bob Iger, The Ride of a Lifetime: Lessons Learned from 15 Years as CEO of the Walt Disney Company, ada memaparkan penjelasan mengenai idea konsep sekuel trilogi Star Wars kepada para peminat

Antaranya hari-hari awal pengurusan Disney terhadap Lucasfilms selepas berjaya membelinya, dan kepayahan yang dihadapi mereka ketika mahu mengambilalih kawalan kreatif dari pencipta francais, George Lucas.


Iger menjelaskan, sebaik sahaja Disney berjaya membeli Lucasfilm, Lucas telah menawakan pihak studios idea awalnya untuk trilogi sekuel. Namun Iger dan para eksekutif menolak dan menyatakan dengan jelas dalam perjanjian pembelian bahawa mereka tidak wajib menggunakan idea Lucas dalam filem mereka sendiri.

“He knew that I was going to stand firm on the question of creative control, but it wasn’t an easy thing for him to accept. And so he reluctantly agreed to be available to consult with us at our request. I promised that we would be open to his ideas (this was not a hard promise to make; of course we would be open to George Lucas’ ideas), but like the outlines, we would be under no obligation.”

Iger dan presiden Lucasfilm iaitu Kathleen Kennedy serta penulis skrip, Michael Arndt kemudiannya telah bertemu Lucas di Skywalker Ranch untuk membincangkan idea trilogi sekuel versi mereka kepada LucasNamun, pembikin filem itu tidak berpuas hati kerana konsep dan ideanya tidak dimasukkan dalam perancangan mereka.

“George immediately got upset as they began to describe the plot and it dawned on him that we weren’t using one of the stories he submitted during the negotiations.”

Disebabkan itu, Lucas pernah menyatakan ketidakpuasan hatinya melihat hasil akhir filem Star Wars: The Force Awakens. Lucas mengkritik dengan menyatakan ‘tiada apa-apa yang baru’. Namun, tidak dipastikan apa pandangan Lucas terhadap filem The Last Jedi, memadangkan filem tersebut hampir menyamai idea trilogi sekuel pembikin filem itu – iaitu Padawan muda (Kira) dilatih oleh Luke Skywalker.

Diharapkan dia lebih positif terhadap filem akan datang Star Wars: The Rise of Skywalker memandangkan dia telah dirujuk sebaiknya oleh pihak Lucasfilm dan Disney bagi melengkapkan saga Skywalker.

Star Wars: The Rise of Skywalker akan menemui penonton pada 20 Disember ini.

Sumber: We Got This Covered.

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment