Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gemma Chan Mungkin Sertai Filem Marvel “The Eternals”

Bintang filem Captain MarvelGemma Chan dilaporkan bakal kembali ke Marvel Cinematic Universe menerusi filem The Eternals, tetapi bukan sebagai pahlawan Kree Minn-Erva, sebaliknya sebagai karakter lain.

Menurut laporan dari Variety, Chan kini sedang dalam rundingan dengan Marvel Studios untuk menyertai barisan pelakon The Eternals. Bagaimanapun, laporan tersebut tidak mendedahkan karakter yang bakal dilakonkan oleh Chan dan berdasarkan sumber Variety, peranan yang bakal dibawa oleh aktres itu akan berbeza dari filem Captain Marvel. 

Sementara itu, laman Collider melaporkan, bintang minisiri Chernobyl, Barry Keoghan akan turut menyertai filem The Eternals. Peranan yang bakal di bawa oleh Keoghan bagaimanapun tidak didedahkan.

The Eternals dibintangi pelakon seperti Angelina Jolie dan Richard Madden yang akan memainkan peranan utama sebagai Thena dan Ikaris. Mereka akan turut disertai, Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak,  Lia McHugh sebagai Sprite, dan Don Lee sebagai Gilgamesh.

Filem terbaru Marvel ini dilaporkan akan menjalani penggambaran pada bulan ini dan dijangka berakhir awal tahun hadapan. Chloe Zhao akan bertindak selaku pengarah berdasarkan skrip yang ditulis oleh Matthew K. Firpo dan Ryan Firpo.

Tayangan filem The Eternals dijangka bermula pada 6 November tahun hadapan.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment