Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gemma Chan Bawa Watak Villain Dalam Filem Captain Marvel

Bintang filem Transformers: The Last Knight, Gemma Chan akan menyertai Brie Larson dan Jude Law dalam filem Captain Marvel dengan membawakan watak villain, Minn-Erva.

Minn-Erva merupakan perisik Kree yang menggunakan alias Doctor Minnerva semasa menyusup masuk ke komuniti manusia. Minn-Erva memiliki kuasa dan abiliti mirip seperti Carol Danvers aka Captain Marvel dan juga pakar dalam bidang genetik.

Selain Brie Larson, Jude Law dan Gemma Chan, Captain Marvel turut dibintangi oleh Sammuel L. Jackson yang akan membawakan watak Nick Fury sewaktu muda, DeWanda Wise dan Ben Mendelsohn,

Anna Boden dan Ryan Fleck mengarahkan filem Captain Marvel kini sedang dalam penggambaran. Manakala skrip ditulis oleh Geneva Robertson-Dworet, Meg LeFauve dan Nicole Perlman. Captain Marvel akan ditayangkan 8 Mac 2019

Related posts

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Jun Ini!

Kakimuvee

[VIDEO] “Black Panther 2” & “Captain Marvel 2” Dapat Tajuk Rasmi, Rakaman Pertama “Eternals” Telah Didedahkan

Kakimuvee