Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gears of War, Dari Permainan Video Ke Filem

Sebuah lagi permainan video telah diadaptasi ke filem. Baru-baru ini, syarikat pembangunan video The Coalition dan Microsoft telah mengumumkan, permainan video keluaran mereka iaitu Gear of War akan diadaptasikan ke filem.

Mereka bekerjasama dengan Universal Pictures dalam penghasilan filem berkenaan, dan berita terbaru mengenai filem ini, mereka sudah pun mengumpulkan beberapa individu penting dalam pembikinan filem mereka. Shane Salerno, penulis sekuel filem Avatar telah diambil oleh Universal Pictures untuk menulis filem yang bakal dikeluarkan itu.

Salerno bukanlah calang-calang penulis kerana dia pernah bekerjasama dengan Ridley Scott untuk filem The Cartel dan juga filem – filem besar seperti Armageddon dan Savages.

Menurut ketua pembangun permainan video, Rod Fergusson filem yang bakal dihasilkan itu tidak akan mengikut storyline dalam mana-mana permainan video yang dihasilkan mereka. Menurutnya lagi, penonton dan peminat permainan video tersebut akan melihat storyline yang baru dalam filem tersebut.

Gear of War merupakan permainan video yang agak popular. Mula dilancarkan pada tahun 2006, kini permainan tersebut sudah diterbitkan beberapa kali dan yang terbaru ialah Gear of War: Ultimate Edition yang dilancarkan pada 2015 untuk XBox dan 2016 untuk versi Windows 10.

 

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment