Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gears of War 5 Akan Menampilkan Dave Bautista Sebagai Karakter Terbaru

Bintang filem Guardians of the Galaxy, Dave Bautista telah berkongsi pandangan pertama karakternya dalam permainan video Gears of War 5 sebagai karakter baru yang digunakan para pemain permainan video. Anda boleh saksikan video pengumuman yang dikongsikan laman Twitter rasmi Bautista.

Permainan video ‘third-person-shooter’ itu akan berkisarkan tentang Kait Diaz, seorang individu keturunan Outsider of Locust, yang akan memulakan penggembaraan untuk mencari asal usul keluarganya serta bangsa Locust dalam usaha menghalang ancaman baru terhadap manusia. Dia akan dibantu karakter asal francais, Marcus Fenix, anaknya JD Fenix dan Delmont Walker.


Selain Bautista, permainan video ini turut menampilkan karakter dari filem Terminator: Dark Fate, Sarah Connor yang disuarakan oleh Linda Hamilton. Gear 5 akan mula dilancarkan pada 10 September ini (PC dan Xbox One).

Related posts

Netflix Perbaharui Siri Antologi Animasi Dewasa “Love, Death + Robots”

Kakimuvee

Sony Rancang Filem “Karate Kid” Baharu

Kakimuvee

Durasi Tayangan “John Wick 4” Mungkin Paling Panjang Dalam Francais

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Leave a Comment