Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gary Oldman Mahu Bintangi Filem Marvel

Pelakon veteran, Gary Oldman mendedahkan hasratnya ingin berlakon dalam filem superhero Marvel. Beliau berkata demikian kepada majalah PEOPLE  apabila ditemuramah yang menemuinya di majlis anugerah Screen Actors Guild Awards beberapa hari yang lalu.

Menurutnya, anak mahu melihat bapanya berlakon dalam mana-mana filem Marvel akan datang.

“Marvel hasn’t called me. But now that you mentioned it, if they’re tuning in, my son wants me to!”

Aktor yang baru memenangi anugerah lelaki terbaik di Screen Actors Guilds Awards baru-baru ini menerusi filem Darkest Hour bukanlah individu asing dalam dunia filem Superhero. Beliau pernah muncul sebagai Commissioner Jim Gordon dalam filem trilogi Dark Knight arahan Christopher Nolan.

Marvel juga tidak selektif memilih pelakon berusia untuk membintangi filem-filem superhero mereka dengan memberikan watak-watak penting. Jeff Bridges, Anthony Hopkins, Robert Redford, Kurt Russell, Angela Bassett, Forest Whittaker dan Cate Blanchett antara pelakon berusia yang muncul dalam filem-filem Marvel.

Jadi kepada peminat filem Marvel, agaknya apakah watak yang sesuai diberikan kepada aktor yang berusia 59 tahun ini dalam filem superhero Marvel?

Related posts

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Denzel Washington Sahkan Projek Seterusnya Adalah “The Equalizer 3”

Kakimuvee

Andrew Garfield Berbohong Pada Emma Stone Tentang Kepulangannya Sebagai Spider-Man

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Nick Creegan Mengambil Inspirasi Dari Jared Leto Untuk Lakonkan Watak Joker

Kakimuvee

Leslie Grace Kongsi Gambar Pertama Barbara Gordon Dengan Sut Penuh Batgirl

Kakimuvee

Leave a Comment