Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Gantung The Movie Akan Menemui Penonton Tempatan Tidak Lama Lagi

Gantung The Series terbitan Red Communication dengan gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia telah diadaptasikan dari novel tulisan Nadia Khan dikenali sebagai Neddo Khan dimana novel Gantung terbitan Buku Fixi ini telah diulang cetak berpuluh kali sehingga ke harini, sehingga keluarnya versi limited edition hardcover kepada peminat novel dan series ini.

Gantung The Series pada tahun 2017 telah ditayangkan di aplikasi Tribe Indonesia dan mendapat sambutan hangat disana. Manakala di Malaysia, tayangannya di saluran Astro First Exclusive telah ditapis kerana ia memaparkan kandungan yang tidak sesuai seperti pergaulan bebas dan lain-lain. 

Kini Gantung The Series dapat ditonton melalui platform MUBI Malaysia , dimana ianya ditayangkan tanpa sebarangan tapisan

Dikhabarkan, Gantung The Movie akan menjalankan penggambaran pada hujung tahun ini , dan berkemungkinan akan dilancarkan pada tahun 2021. Oleh kerana bajet pembikinan datang dari sumbangan ‘fanbase novel’, ianya akan ditayangkan secara percuma di platform yang akan diumum kelak.

Gantung The Series dibarisi pelakon mantap Randy Pangalila,Ikmal Amry,Hafreez Adam,Brandon Salim,Gita Sucia, Brandon Salim, Taufiq Hanafi, Mentari De Marelle, Sue Tan, Intan Najuwa, Radhi Khalid dan Chew Kin Wah.

Adakah anda tidak sabar untuk menonton Gantung The Movie? kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Related posts

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25

Zulaikha

5 Rancangan Tempatan Yang Pernah Kita Tonton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

Leave a Comment