Berita

Gangsterock & Suamiku Jatuh Dari Langit Gagal Mendapat Sambutan

Views

slide01

Malang buat industri perfileman tempatan apabila dua filem yang ditayangkan pada musim perayaan Aidilfitri yang lalu gagal mendapat sambutan yang mengalakkan daripada penonton. Pekara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila filem melayu yang ditayangkan pada musim cuti hari raya puasa mendapat sambutan yang begitu dingin dari penonton. Filem yang dimaksudkan ialah Suamiku Jatuh Dari Langit terbitan MIG Pictures dan filem Gangsterock terbitan YKS Film Maker Sdn Bhd.

Berbanding tahun - tahun yang lalu, sekirannya filem melayu ditayangkan pada musim Hari Raya, kutipan tiket boleh dikatakan memuaskan walaupun gagal mendapat sambutan yang baik, tetapi tahun ini dikatakan agak teruk berbanding tahun - tahun sebelumnya.

Berdasarkan sumber pawagam, dalam tempoh seminggu tayangan sejak bermula 17 Julai lalu, kutipan Suamiku Jatuh Dari Langit sekadar meraih anggaran RM130,000, manakala Gangsterock arahan Soffi Jikan pula meraih kutipan sekitar RM255,000.

SUAMIKU-JATUH-DARI-LANGIT-1

Jika dicampurkan kutipan tiket tayangan kedua-dua filem Melayu ini cuma meraih kutipan kasar tidak sampai RM400,000. Keadaan ini sangat memeranjatkan dan memalukan industri perfileman tempatan.

Situasi ini bukan sahaja mendukacitakan industri malah memalukan memandangkan tayangan pada musim raya, ianya dianggap peluang baik untuk meraih keuntungan. Dalam minggu kedua, kutipan dua filem Melayu itu juga tidak meningkat dan sudah pun mula ditarik balik tayangannya di kebanyakan pawagam.

Sesuatu perlu dilakukan bagi mengelakkan industri perfileman tempatan terus merudum dan dihimpit dengan saingan filem - filem luar. Sekirannya tiada peningkatan dari segi mutu cerita dan promosi, kemungkinan besar industri perfileman tempatan kita akan terkubur begitu sahaja.

Sumber: www.tabloidseni.com

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks