Berita

Gandingan Ryan Reynolds & Jodie Comer Dalam Gambar Terbaru FREE GUY

Views

20th Century Studios telah mendedahkan gambar terbaru filem aksi komedi Free Guy yang menampilkan Ryan Reynodls dan Jodie Comer sebagai Guy dan Milly. Anda boleh gambar-gambar tersebut dibawah.

Free Guy diarahkan Shawn Levy (Stranger Things) dari lakonlayar yang ditulis Matt Lieberman. Filem ini berkisar tentang seorang pekerja bank yang kesunyian dan mendapati dirinya yang sebenar adalah karakter dalam permainan video Free City.

Bintang Deadpool, Ryan Reynolds memainkan peranan utama sebagai Guy, dan disertai Jodie Comer, Lil Rel Howery, Joe Keery, Taika Waititi dan Utkarsh Ambudkar.

Reynolds turut bertindak sebagai penerbit bersama-sama Levy, Sarah Schecter dan Greg Berlanti.  Free Guy akan menemui penonton 11 Disember 2020.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks