BeritaOfficial TrailerSlot Asia

Gandingan Mantap Louis Koo, Jessica Hsuan Dalam Filem A Witness Out Of The Blue

Views

Bagi yang meminati filem-filem bertemakan jenayah dari Hong Kong, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem terbaru berjudul A Witness out of the Blue lakonan pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Hong Kong, Louis Koo.

Filem ini menyaksikan Koo kembali bergandingan dengan aktres Jessica Hsuan, yang turut memainkan watak utama. Kali terakhir kedua-dua pelakon tersebut bekerjasama adalah menerusi filem A Step into the Past yang ditayangkan 17 tahun yang lalu.

A Witness out of the Blue berkisarkan tentang Sunny Wong ( Louis Koo), seorang ketua kumpulan gangster yang disyaki oleh polis kerana membunuh seorang perompak di dalam rumahnya.

Pegawai polis Yip Sir dan detektif Frank Lam serta Siu Mui, yang menyiasat kes jenayah itu, mendapati bahawa ia berkait dengan perompakan barang kemas yang berlaku beberapa bulan lalu dan semua perompak yang terlibat dibunuh seorang demi seorang. Frank mendapati terdapat sebuah lagi kes yang berkait dengan kes yang disiasatnya tetapi bagi mendapatkan bukti, dia perlu bergantung kepada satu-satunya saksi yang ada di tempat kejadian: seekor burung nuri.

BACA:  Filem Shin Ultraman Diumumkan! Sasar Tarikh Tayangan Pada 2021

Filem ini diarahkan oleh Fung Chi Keung (Shaolin Soccer, The Mermaid, CJ7) dan turut dibintangi beberapa hebat yang lain seperti Louis Cheung, Philip Keung, Patrick Tam, Fiona Sit, Andy On dan Annie Liu.

A Witness out of the Blue, – edaran MM2 Entertainment – kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Tinggalkan Balasan

shares