Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Gandingan Jamie Foxx & Joseph Gordon-Levitt Dalam Trailer Filem Netflix “Project Power”

Netflix telah melancarkan trailer rasmi filem aksi jenayah sci-fi berjudul Project Power yang dibintangi pemenang anugerah Oscar Jamie Foxx dan calon Golden Globe, Joseph Gordon-Levitt. Filem terbaru ini akan boleh ditonton mulai 14 Ogos ini, eksklusif di Netflix.

Di jalanan kota New Orleans, telah tersebar berita mengenai pil misteri yang mampu membuka kuasa luarbiasa dan unik setiap penggunanya. Ada yang menjadi kebal, halimunan dan sangat kuat sehingga sukar untuk ditumpaskan.

Tetapi apabila pil itu mendorong peningkatan kes jenayah sehingga ke tahap merbahaya, polis tempatan (Joseph Gordon-Levitt) perlu bekerjasama seorang remaja (Dominique Fishback) dan bekas tentera (Jamie Foxx) dalam usaha menghenti pengedaran pil misteri itu. Tetapi mereka perlu mengambil risiko dengan mengambil pil tersebut untuk mengesan dan menghentikan kumpulan yang bertanggungjawab mencipta pil merbahaya itu.

Project Power diarahkan Ariel Schulman dan Henry Joost berdasarkan lakonlayar yang ditulis penulis skrip The Batman, Mattson Tomlin.

Filem ini dibarisi pelakon seperti Jamie Foxx (Ray, The Amazing Spider-Man 2), Joseph Gordon-Levitt (Inception), Dominique Fishback (The Deuce) serta Rodrigo Santoro (Westworld), Amy Landecker (Transparent), penyanyi rap Colson Baker aka Machine Gun Kelly (Nerve), Allen Maldonado, Andrene Ward-Hammond dan Kyanna Simpson.

Related posts

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

LOKI: TVA Bertemu Loki Dalam Video Klip Terbaru

Kakimuvee

[TRAILER] Nevertheless Goda Kisah Romantik Antara Song Kang & Han So-Hee

Zulaikha

Critically-acclaimed Taiwanese drama Tears On Fire to stream on Netflix Malaysia on 26 June

Zulaikha

[VIDEO] Netflix Umum Tarikh Tayangan Episod Istimewa “Kingdom: Ashin of the North”

Kakimuvee

VIU Dedah Trailer Rasmi & Tarikh Tayangan “Black” Musim Ke-2

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating