Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Tom Cruise Melakukan Aksi Lagak Ngeri Di Set Penggambaran MISSION: IMPOSSIBLE 7


Mission: Impossible 7 merupakan antara produks Hollywood terawal yang terkesan dengan wabak Covid-19. Filem terbaru Paramount Pictures ini sedang menjalani penggambaran di Itali ketika berlakunya wabak Coronavirus dan terpaksa digantung selama tiga minggu sebelum menukar lokasi penggambaran di England.

Selepas beberapa lama terhenti, penggambaran kembali diteruskan, tetapi aktiviti dibuat dengan penuh berhati-hati memandangkan pandemik coronavirus dilihat semakin serius di England.

Dalam gambar terbaru yang dikongsikan media tempatan, Tom Cruise dilihat sedang melakukan aksi lagak ngeri di litar ujian yang terletak di Surrey, England, lokasi yang sering digunakan rancangan permotoran BBC, Top Gear. 

Bintang Hollywood berusia 57 tahun itu menggunakan peralatan perlindungan untuk melakukan aksi motorsikal dan juga kereta. Turut berada dilokasi penggambaran adalah pelakon Rebecca Ferguson dan Hayley Atwell. Anda boleh saksikan gambar-gambar diset penggambaran Mission: Impossible 7 dibawah.

Mission: Impossible 7 dibintangi pelakon sepertii Tom Cruise, Hayley Atwell, Rebecca Ferguson, Simon Pegg, Ving Rhames dan Henry Czerny. Mereka turut disertai beberapa pendatang baru yang terdiri daripada Shea Whigham, dan Pom Klementieff.


Paramount Pictures telah menetapkan tarikh tayangan dua filem terbaru Mission: Impossible iaitu pada  23 Julai 2021 dan 5 Ogos 2022.


Related posts

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee

[VIDEO] Transformers: Rise of the Beasts Beri Penghormatan Pada Legasi Peter Cullen Sebagai Optimus Prime

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee