Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Gambar Terkini Jet Li Menyebabkan Peminat Terkejut & Sebak

Setelah lama tidak muncul dikhalayak ramai dan juga media, penularan gambar terbaru aktor antarabangsa yang berasal dari China iaitu Jet Li telah mengejutkan ramai pihak terutama peminat-peminatnya.

Gambar yang tersebar di media sosial itu telah menunjukkan keadaan pelakon tersebut yang semakin uzur akibat penyakit hyperthyroidism yang dialaminya serta masalah tulang belakang yang semakin serius sejak lima tahun lalu.

Dalam gambar tersebut, ia menunjukkan Jet Li sedang melawat sebuah kuil di Tibet dan dia juga terpaksa dibantu untuk bergerak.

Tahun lalu, pelakon filem Once Upon A Time In China ini pernah bercakap secara terbuka di sebuah majlis rasmi mengenai penyakit dihidapi selepas tidak lama muncul di khalayak ramai. Dia mendedahkan mengidap penyakit tiroid pada 2010 dan sudah mengambil pelbagai ubat untuk rawatan namun tidak menunjukkan perubahan lebih baik.

Hipertiroidisme boleh menyebabkan metabolisma tubuh dan kadar degupan jantung pesakit berubah dan selalunya dirawat dengan pengambilan ubat.

Sumber: Astro Awani

Related posts

“Lovers Of The Red Sky” Terus Mengekalkan Kedudukan Pertama Walaupun Rating Menurun

Zulaikha

Jirisan Catat Peningkatan Jumlah Penonton Pada Episod Kedua

Natasha

6 Filem Terbaik Korea Lebih Sedekad Yang Lalu

Natasha

“One The Woman” Meneruskan Penguasaannya Sebagai Minisiri Paling Ramai Penonton

Zulaikha

Menjelang Finale, Namgoong Min Bersedia Untuk Pertempuran Terakhir Dalam Gambar Terbaru “The Veil”

Zulaikha

Kim Seon Ho Berundur Dari 2 Days & 1 Night Musim 4

Kakimuvee

Leave a Comment