Gambar promo terbaru filem Wonder Woman 1984 telah mula tersebar di laman internet, yang memaparkan imej terbaru Kristen Wiig sebagai villain utama, Cheetah. Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah.
Wonder Woman 1984 akan berlatarbelakangkan era 80an dimana Wonder Woman akan bertemu seterunya terhebatnya iaitu The Cheetah lakonan Kristen Wiig. Filem akan datang turut dibintangi Pedro Pascal dan Chris Pine yang kembali memainkan peranannya sebagai Steve Trevor.
Wonder Woman 1984 diarah dan diterbitkan Patty Jenkins, bersama-sama Charles Roven, Deborah Snyder, Zack Snyder, Stephen Jones, dan Gal Gadot. Wonder Woman 1984 bakal menemui penonton pada 2 Oktober 2020.
New images of Wonder Woman and Cheetah #WW84 pic.twitter.com/lhunFi7yMU
— Wonder Woman News (@WonderWoman84HQ) July 9, 2020