Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Gambar Terbaru WandaVision Bawa Penonton Ke Dunia Sitcom Scarlet Witch

Entertainment Weekly telah kongsikan perkembangan terbaru siri Marvel Disney+ WandaVision. 

Menurut artikel dari laman hiburan itu, WandaVision akan menjadi “siri enam jam”. Ini mungkin bermaksud, siri itu akan berlangsung selama enam episod, dimana setiap episod akan berdurasi satu jam. 

Seperti yang dijangka, siri ini ditetapkan selepas peristiwa Avengers: Endgame, dengan episod pertama akan berlangsung dalam suasana sitkom yang diilhamkan dari rancangan TV era 1950-an. Lebih menarik, episod sitkom dirakamkan secara langsung dihadapan penonton. 

Anda boleh saksikan gambar-gambar terbaru WandaVision dibawah:

Berlatarbelakangkan era 1950an, WandaVision akan berkisarkan kehidupan dua karakter adiwira MCU, Scarlett Witch dan Vision. Siri ini mengabungkan gaya sitkom klasik dengan Marvel Cinematic Universe dimana Wanda Maximoff dan Vision – dua adiwira yang menjalani kehidupan di pinggir bandar yang ideal – mula mengesyaki bahawa semuanya tidak seperti yang disangka.

Elizabeth Olsen (Avengers: Endgame) dan Paul Bettany (Avengers: Infinity War) kembali memainkan peranan mereka  sebagai Wanda dan Vision. Mereka disertai Teyonah Parris (Mad Men) yang akan membawakan watak dewasa Monica Rambeau serta Kat Dennings (Thor: The Dark World), Randall Park (Ant-Man and the Wasp) yang meneruskan watak sebagai Darcy Lewis dan Agent Jimmy Woo dan Kathryn Hahn (Spider-Man: Into the Spider-Verse) sebagai jiran Wanda yang bising.

Jac Schaeffer bertindak sebagai penerbit, showrunner dan ketua barisan kreatif WandaVision, manakala Matt Shakman mengarahkan siri ini.

Saksikan trailer WandaVision disini

Related posts

Fan Poster “The Mandalorian” Gambarkan Sebastian Stan Sebagai Luke Skywalker

Kakimuvee

Siri “Hawkeye” Akan Memulakan Penggambaran Minggu Ini

Kakimuvee

AWARD-WINNING MALAYSIAN DIRECTOR BRADLEY LIEW HELMS AN EPISODE OF HBO ASIA ORIGINAL HORROR ANTHOLOGY SERIES FOLKLORE SEASON 2

Isqandar

THE FLIGHT ATTENDANT PREMIERES EXCLUSIVELY ON HBO GO ON 26 NOVEMBER WITH 3 EPISODES

Kakimuvee

HBO Terbitkan Siri Adaptasi ‘The Last of Us”

Kakimuvee

10 Sitcom Menarik & Kelakar Berdasarkan Ranker

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating