Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Terbaru “Thor: Love and Thunder” Menampilkan Nebula & Karakter Misteri Berwarner Biru

Penggambaran Thor: Love and Thunder sedang rancak dijalankan di Australia, dan Chris Hemsworth telahpun menyertai ahli Guardians of the Galaxy.

Kini, media Mail Online telah kongsikan gambar terbaru dari set penggambaran yang menampilkan Karen Gillan yang berubah menjadi Nebula. Selain itu juga, satu karakter misteri berkulit biru turut kelihatan dalam gambar yang dikongsikan. Karakter tersebut dipercayai bangsa Kree.


Apapun kita nantikan tayangan Thor: Love and Thunder pada 5 Mei 2022. Anda boleh saksikan gambar belakang filem keempat Thor dibawah.

Thor: Love and Thunder merupakan sekuel kepada Thor: Ragnarok dan ditetapkan selepas peristiwa Avengers: Endgame. Pengarah Taika Waititi kembali ke kerusi pengarah dan turut menulis skrip bersama Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great).

Natalie Portman kembali sebagai Jane dan dia kini mampu mengangkat Mjolnir. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson turut kembali sebagai Thor dan Valkyrie, manakala bintang trilogi The Dark Knight, Christian Bale akan memainkan watak antagonis utama yang juga musuh ketat Thor, “Gorr the God Butcher”.

Beberapa ahli Guardians of the Galaxy, Chris Pratt dan Vin Diesel turut serta barisan pelakon. Penyertai ahli Guardians dalam filem akan datang tidak mengejutkan kerana Diesel pernah menyatakan yang “Thor akan bekerjasama dengan Guardians of the Galaxy”.

Pelakon Matt Damon turut dilaporkan sertai Hemsworth, tetapi penglibatannya masih belum disahkan Marvel Studios.

Plot akan berdasarkan komik The Mighty Thor karya Jason Aaron dimana Jane Foster yang menghidapi barah mengambil alih peranan dan memiliki kekuatan Thor.

Thor: Love and Thunder ditetapkan tayangan pada 5 Mei 2022.

Related posts

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Rose Byrne Kembali Sebagai Renai Lambert Dalam “Insidious 5”

Kakimuvee

Leave a Comment