Siri TV

Gambar Terbaru The Witcher Musim Kedua & Sinopsis

Views

Netflix telah melancarkan gambar terbaru musim kedua The Witcher yang memaparkan pandangan pertama Ciri yang sedang berlatih dengan Geralt serta armor terbaru yang akan digunakan oleh Geralt lakonan Henry Cavill. Sebagai tambahan, Netflix turut mendedahkan sinopsis terbaru siri fantasi popular itu. Anda boleh lihat gambar dan sinopsis dibawah. 

Sinopsis:

“Convinced Yennefer’s life was lost at the Battle of Sodden, Geralt of Rivia brings Princess Cirilla to the safest place he knows, his childhood home of Kaer Morhen. While the Continent’s kings, elves, humans and demons strive for supremacy outside its walls, he must protect the girl from something far more dangerous: the mysterious power she possesses inside.”

Musim terbaru The Witcher akan menampilkan bintang Game of Thrones, Kristofer Hivju sebagai Nivellen dan pelakon Killing Eve, Kim Bodnia sebagai Vesemir. Enam pelakon lain turut dipilih untuk membintangi musim kedua, termasuklah Paul Bullion (Peaky Blinders) sebagai Lambert, Yasen Atour (Young Wallender) sebagai Coën, Anges Bjorn sebagai Vereena, Basil Eidenbenz (Fast and Furious 9) sebagai Eskel, Aisha Fabienne Ross (The Danish Girl) sebagai Lydia dan mecia Simson sebagai Francesca. 

Berdasarkan dari siri fantasi popular, The Witcher adalah kisah epik dan kekeluargaan. Geralt of Rivia, merupakan pemburu raksasa yang berjuang untuk mencari tempatnya dimana manusia telah dibuktikan lebih jahat dari raksasa. Tetapi takdir telah membawanya menemui ahli sihir yang berkuasa dan seorang puteri yang menyimpan rahsia merbahaya. Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersama-sama mengembara di Benua yang semakin tidak menentu.

Siri ini dibintangi oleh Henry Cavill sebagai Geralt dari Rivia, Freya Allan sebagai Puteri Ciri, Anya Chalotra sebagai Yennefer dari Vengerberg, MyAnna Buring sebagai Tissaia, dan Joey Batey sebagai Jaskier. Musim 2 juga akan menampilkan kepulangan Tom Canton sebagai Filavandrel, Lilly Cooper sebagai Murta, Jeremy Crawford sebagai Yarpin Zigrin, Eamon Farren sebagai Cahir, Mahesh Jadu sebagai Vilgefortz, Terence Maynard sebagai Artorius, Lars Mikkelson sebagai Stregobor, Mimi Ndiweni sebagai Fringilla Vigo, Royce Pierrseson sebagai Istredd, Wilson Radjou-Pujalte sebagai Dara, Anna Shaffer sebagai Triss Merigold, dan Therica Wilson Baca sebagai Sabrina.

The Witcher telah bersiaran pada 20 Disember tahun lalu, dan kepada yang masih belum menyaksikan siri adaptasi novel karya Andrzej Sapkowski, anda boleh klik pautan ini.

 

 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks