Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Terbaru THE ETERNALS Dedahkan Pandangan Pertama Karakter Lakonan Kumail Nanjiani & Lia McHugh

Beberapa gambar terbaru di set penggambaran The Eternals telah tersebar di laman Internet, dan gambar-gambar tersebut memberikan pandangan pertama karakter lakonan Kumail Nanjiani dan Lia McHugh iaitu Kingo dan Sprite. Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah.

https://twitter.com/EternalsSecrets/status/1218619822814191616?s=20


The Eternals dibintangi pelakon seperti Angelina Jolie dan Richard Madden yang akan memainkan peranan utama sebagai Thena dan Ikaris. Turut menyertai barisan pelakon adalah Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak,  Lia McHugh sebagai Sprite, Ma Dong Seok  sebagai Gilgamesh, Gemma Chan sebagai Sersi, Barry Keoghan sebagai Druig dan Kit Harrington sebagai The Black Knight / Dane Whitman.

Setakat ini plot filem masih lagi tidak diketahui, tetapi berdasarkan sinopsis yang dedahkan, The Eternals akan ditetapkan dalam dua era berbeza iaitu berlatarbelakangkan kota purba Babylon yang wujud ribuan tahun dahulu dan era selepas peristiwa Avengers: Endgame.

Diarahkan Chloe Zhao berdasarkan skrip yang ditulis oleh Matthew K. Firpo dan Ryan Firpo, filem kedua fasa 4 MCU ini akan menemui penonton pada 6 November ini.  The Eternals kini sedang menjalani penggambaran di London.

Related posts

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Trailer “Baymax!” Tetapkan Debut Spin-Off “Big Hero 6” Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Bos Sony Pictures Beri Perkembangan Terbaru Tentang “Spider-Man 4”

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment