Berita

Gambar Terbaru THE Batman Paparkan Bruce Wyane Hadiri Pengebumian

Views

Filem The Batman arahan Matt Reeves kini bersambung semula selepas tertangguh seketika disebabkan krew dan pelakon utamanya, Robert Pattinson dikesan positif Covid-19

Dalam perkembangan terbaru, Pattinson telah dilihat di set penggambaran The Batman untuk merakam salah satu babak dalam filem adiwira DC akan datang.

Media tabloid UK, Daily Mail telah kongsikan gambar yang memaparkan Pattinson tiba di St. George Hall yang terletak di di Liverpool, untuk merakamkan babak pengebumian. Untuk info, St. George Hall akan menjadi Gotham City Hall dalam filem The Batman.

Dalam gambar itu, turut didedahkan bahawa Brunce Wayne menghadiri pengebumian karakter lakonan Rupert Penry-Jones. Setakat ini tidak dipastikan apakah karakter yang akan dilakonkan Jones, tetapi berdasarkan trailer terbaru, dia menjadi salah seorang mangsa penjahat The Riddler.

Anda boleh lihat gambar-gambar terbaru The Batman dibawah;

The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Filem terbaru DC/Warner Bros. ini akan ditayangkan pada 3 April 2022

Sumber: Daily Mail

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks