Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Terbaru THE BATMAN Papar The Penguin Mengejar Selina Kyle


The BatmanĀ terus menjanjikan gambar-gambar yang cukup menarik kepada peminatnya. Jika sebelum ini telah didedahkan gambar untuk babak pengebumian yang menampilkan karakter seperti Bruce Wayne (Robert Pattinson), Oswald Cobblepot (Colin Farrell), Selina Kyle (Zoe Kravitz), dan Carmine Falcon (John Turturro). Kali ini, gambar terbaru menunjukkan aksi kejar-mengejar.Ā 

Menerusi perkongsian Mail Online, Colin Farrell dilihat sedang menjalani penggambaran untuk aksi kejar-mengejar di set penggambaran The BatmanĀ di Chicago. Colin mengenakan jaket coklat dan seluar yang sepadan dengan beg besar di belakangnya untuk penggambaran pada waktu malam. Adegan tersebut menyaksikan The Penguin sedang mengejar Catwoman – lakonan Zoe Kravitz.Ā 

Anda boleh lihat beberapa gambar terbaru di set penggambaranĀ The BatmanĀ dibawah.Ā 

The BatmanĀ dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella ReĆ”l.

Filem terbaru DC/Warner Bros. ini akan ditayangkan padaĀ 3 April 2022



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem ā€œSuperman Liveā€ Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee