Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Terbaru “The Adam Project” Previu Reynolds & Ruffalo Sebagai Anak dan Ayah

Menerusi media sosial Instagram, bintang Deadpool Ryan Reynolds telah mededahkan beberapa gambar terbaru dari filem Netflix sci-fi komedi The Adam Project, menampilkan dirinya bersama Mark Ruffalo yang memainkan peranan sebagai ayah kepada karater Reynolds. 

Anda boleh saksikan gambar-gambar terbaru dibawah. 

The Adam Project merupakan filem sains fiksyen thriller komedi mengenai Adam yang pergi ke masa lampau untuk membantu dirinya sendiri yang berusia 13 tahun. Mereka berdua perlu mencari ayah mereka dalam usaha membetulkan kembali keadaan demi menyelamatkan masa hadapan. 

Mark Ruffalo akan memainkan peranan sebagai ayah Reynolds, seorang ahli fizik yang bijak, manakala pelakon Catherine Keener menjadi antagonis utama yang cuba mencuri teknologi yang cukup berkuasa dari karakter lakonan Ruffalo. Walker Scobell membawa watak adam versi muda, Alex Mallari, Jr. sebagai orang kanan antagonis dan Zoe Saldana.

Ini merupakan kolaborasi kedua diantara Reynolds dan Levy selepas bekerjasama dalam filem aksi komedi akan datang berjudul Free Guy.

Skrip The Adam Project ditulis oleh Jonathan Tropper dan David Ellison. Reynolds dan Levi bertindak sebagai penerbit menerusi syarikat penerbitan mereka iaitu Maximum Effort dan 12 Lap Entertainment. David Ellison, Dan Goldberg dan Don Granger menjadi penerbit bagi pihak Skydance.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment