Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Terbaru Sonic The Hedgehog Bocor Di Internet, Paparkan Karakter Sonic Yang Telah Diperbaharui


Kredit gambar: Youtube 3C Films

Seperti yang peminat tahu, krew produksi filem animasi live action Sonic The HedgehogĀ terpaksa melakukan proses rekabentuk semula karakter Sonic yang dikecam hebat oleh para peminat kerana tidak menyerupai rekanbentuk asal.

Setelah lama menyepi (mungkin sedang sibuk dengan proses mengubahsuaian), filem terbitan Paramount itu kembali menjadi buah mulut peminat-peminat filem. Ia gara-gara beberapa gambar yang telah bocor dilaman Internet yang memaparkan rekabentuk terbaru karakter Sonic.

Rekabentuk Sonic kali sangat berbeza dengan yang sebelumnya, dan dilihat hampir menyerupai rekebentuk asal seperti dalam permainan video dan animasi. Anda boleh lihat gambar-gambar tersebut dibawah, dan kongsikan kepada kami adakah anda berpuas hati dengan rekabentuk terbaru ini?

Sonic The HedgehogĀ dibintangi oleh Jim Carrey yang akan membawakan watak kepada musuh Sonic iaituĀ Doctor Robotnik/Eggman, James Marsden sebagaiĀ Tom Wachowski, anggota polis yang bekerjasama dengan Sonic untuk menumpaskan Doctor Robotnik. Pelakon lain adalahĀ Adam Pally,Ā Tika Sumpter, Natasha Rothwell,Ā Neal McDonough danĀ Ā Ben Schwartz, suara untuk karakter Sonic.

Filem ini dijangka akan menemui penonton pada Mac 2020.



Related posts

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee

[VIDEO] Transformers: Rise of the Beasts Beri Penghormatan Pada Legasi Peter Cullen Sebagai Optimus Prime

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee