Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Terbaru ‘Shazam! Fury of the Gods’ Dedah Sut Terbaru “Shazam Family”

Pengarah Shazam! David F. Sandberg telah kongsikan gambar belakang tabir rasmi dari set penggambaran Shazam! Fury of the Gods. Gambar terbaru itu memberikan pandangan pertama Shazam Family yang dipimpin watak utama lakonan Zachary Levi, serta sut baru mereka yang telah dinaik taraf, dengan penampilan yang lebih jelas dan matang berbanding kostum dari filem pertama. 

Di samping itu, Sandberg turut mengesahkan bahawa Grace Fulton, yang memainkan watak Mary, akan membawa peranan versi superhero dewasa wataknya, menggantikan tempat Michelle Borth (Hawaii Five-O).

Shazam! Fury of the Gods akan menampilkan kepulangan semula Asher Angel dan Zachary Levi sebagai watak utama Billy Batson / Shazam!. Menyertai mereka adalah barisan pelakon filem pertama termasuklah Jack Dylan Grazer dan Adam Brody sebagai Freddy; Faithe Herman dan Meagan Good sebagai Darla; Ian Chen dan Ross Bulter sebagai Eugene; Grace Fulton sebagai Mary; Jovan Arman dan D.J. Cotrona sebagai Pedro; Marta Milans, dan Cooper Andrews.

Setelah mengalahkan Sivana dan Seven Deadly Sins dalam filem pertama tahun 2019, sekuel akan datang menyaksikan Keluarga Shazam menghadapi ancaman yang jauh lebih berbahaya, dengan perkenalan anak perempuan Atlas, Hespera, dan Kalypso, yang akan dilakonkan oleh pemenang Oscar Helen Mirren dan pelakon Kill Bill, Lucy Liu. Bintang West Side Story, Rachel Zeigler juga telah diberikan peranan penting, namun wataknya masih belum didedahkan kepada umum.

Shazam! Fury of the Gods sekali lagi diarahkan oleh David F. Sandberg (Annabelle: Creation) berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Henry Gayden. Peter Safran berkhidmat sebagai penerbit. Filem sekuel ini dijadualkan tayangan pada 2 Jun 2023.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment