Penggambaran filem terbaru Marvel, The Eternals sedang giat dijalankan. Terbaru beberapa gambar di set penggambaran telah mula tersebar di media-media sosial. Tidak banyak petunjuk yang boleh didapati menerusi gambar-gambar tersebut, melainkan persiapan untuk membina kota zaman purba yang akan digunakan sebagai latarbelakang filem The Eternals. Anda boleh saksikan gambar-gambar tersebut dibawah.
Setakat ini plot filem masih lagi tidak diketahui, berkemungkinan The Eternals akan berlatarbelakangkan kota purba Babylon yang wujud ribuan tahun dahulu
The Eternals dibintangi pelakon seperti Angelina Jolie dan Richard Madden yang akan memainkan peranan utama sebagai Thena dan Ikaris. Mereka akan turut disertai, Kumail Nanjiani sebagai Kingo, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Salma Hayek sebagai Ajak, Lia McHugh sebagai Sprite, Ma Dong Seok sebagai Gilgamesh, Gemma Chan sebagai Sersi, Barry Keoghan sebagai Druig dan Kit Harrington sebagai The Black Knight / Dane Whitman
Filem ini diarahkan oleh Chloe Zhao berdasarkan skrip yang ditulis oleh Matthew K. Firpo dan Ryan Firpo. Marvel Studios telah menetapkan tarikh tayangan The Eternals pada 6 November tahun hadapan.
Novas imagens exclusivas do set de filmagens de “Os Eternos” mostram mais alguns cenários da enorme réplica de construções da Babilônia. (1/2) pic.twitter.com/343bAPu6pS
— Marvel News (@BRMarvelNews) October 25, 2019