Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Terbaru Set Penggambaran Black Widow Mungkin Dedahkan Watak Misteri Pelakon Florence Pugh

Sejak bintang filem Midsommar, Florence Pugh menyertai barisan pelakon filem Black Widow, banyak spekulasi peminat tentang watak misteri yang bakal dilakonkan aktres tersebut. Spekulasi yang paling popular adalah watak Yelena Belova, karakter kedua yang menggunakan gelaran Black Widow dalam siri-siri komik Marvel.

Terbaru, beberapa keping gambar dari set penggambaran filem Black Widow telah didedahkan kepada umum, dan ia mungkin mengesahkan teori peminat mengenai watak yang bakal dibawa Florence Pugh.

Dalam gambar yang didedahkan itu, ia menunjukkan ‘stunt double’ untuk pelakon Florence Pugh dan Scarlett Johansson. Manakala satu lagi gambar menunjukkan  kotak kayu tertera nama Yelena pada label, karakter yang mungkin dilakonkan Pugh.

Apapun, gambar yang didedahkan itu bukanlah pengesahan rasmi mengenai karakter yang bakal dilakonkan Florence Pugh. Mungkin senarai penuh pelakon dan karakter filem Black Widow bakal didedahkan kepada peminat pada konvensyen San Diego Comic-Con, Julai ini.

UPDATE! Logo filem Black Widow

Related posts

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

DISNEY+ HOTSTAR BAWAKAN LEBIH KANDUNGAN BAHARU YANG TERUNGGUL DARI ASIA PASIFIK

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer Pertama “Home Sweet Home Alone”, Akan Ditayangkan Pada 12 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment