Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Terbaru Power Rangers Menampilkan Alpha 5 dan Rita Repulsa

power-rangers-2017-alpha-5-bill-hader

Filem keluaran Lionsgate dan Saban, Power Rangers yang akan ditayangkan tidak lama lagi mula mendedahkan details filem kepada penonton. Ini membuatkan ramai peminat Power Rangers merasa tidak sabar untuk melihat filem yang berdasarkan siri kanak-kanak yang pernah popular pada awal 90-an.

Jika sebelum ini, mereka mendedahkan kostum-kostum yang digunakan oleh watak-watak Power Rangers, kini mereka mula menunjukan gambar-gambar Rita Repulsa bergaya dengan kostum dan tongkat yang bakal digunakan dalam filem ini.

Selain itu juga mereka turut mendedahkan robot yang juga merupakan pembantu Zordon kepada umum. Untuk pengentahuan anda, suara robot yang dikenali sebagai Alpha 5 ini dibawa Bryan Cranston. Dalam musim pertama siri televisyen Power Rangers, Alpha 5 merupakan pembantu rapat Zordon dan dikenali dengan sifat cepat panik nya.

Jom kita tengok gambar-gambar concept art Alpha 5 yang didedahkan oleh salah satu laman hiburan antaranbangsa, IGN dan juga gambar-gambar photoshoot Rita Repulsa.

power-rangers-2017-alpha-5

power-rangers-movie-2017-alpha-5

rita-repulsa

rita1

Filem Power Rangers ini diarahkan oleh Dean Israelite dan ditulis oleh John Gatins dan bakal menemui penonton pada 24 Mac 2017.

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment