Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Gambar Terbaru “Obi-Wan Kenobi” Pada Pandangan Terbaru Jedi Master & The Grand Inquisitor


Total Film Magazine telah mendedahkan tema Obi-Wan Kenobi untuk muka hadapan majalah mereka. Selain itu juga, tiga gambar promosi terbaru turut didedahkan, sekaligus memberikan pandangan terbaru legenda Jedi Master, Obi Wan-Kenobi lakonan Ewan McGregor dan penjahat Grand Inquisitor (Rupert Friend).

Anda boleh lihat gambar tersebut diibawah:

Obi-Wan Kenobi diterajui Ewan McGregor yang kembali mengulangi watak ikonik Jedi Master Obi-Wan Kenbobi. Dia turut disertai

Moses Ingram (The Queen’s Gambit), Joel Edgerton (Star Wars: Episod II – Attack of the Clones, Star Wars: Episod III – Revenge of the Sith), Bonnie Piesse (Star Wars: Episod II – Attack of the Klon, Star Wars: Episod III – Revenge of the Sith), Kumail Nanjiani (Eternals), Indira Varma (Game of Thrones), Rupert Friend (Homeland), O’Shea Jackson Jr. (Godzilla: King of the Monsters), Sung Kang (F9: The Fast Saga), Simone Kessell (Of Kings and Prophets), dan Benny Safdie (Uncut Gems).

Kisah siri ini bermula 10 tahun selepas peristiwa dramatik Star Wars: Revenge of the Sith di mana Obi-Wan Kenobi menghadapi kekalahan terbesarnya – kejatuhan dan pengkhianatan rakan baiknya, yang juga perintis Jedi, Anakin Skywalker, yang beralih ke sisi gelap sebagai Sith Lord Darth Vader.  


Siri terhad ini diterbitkan oleh Kathleen Kennedy, Michelle Rejwan, Deborah Chow, Ewan McGregor, dan Joby Harold manakala Deborah Chow sebagai pengarah dari lakon layar yang ditulis oleh Joby Harold.

Obi-Wan Kenobi akan membuat debut di Disney+ Hotstar pada 25 Mei 2022.


Related posts

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee