Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Gambar Terbaru Musim Ke-2 Paparkan Trigon Telah Menguasai Titans


DC Universe telah melancarkan gambar pandangan pertama episod “Trigon” dalam rancangan Titans musim kedua yang memaparkan para adiwira telah dikuasai oleh Trigon dan Rachel cuba menghentikan kejahatan ayahnya.

Rancangan ini akan kembali menemui penonton pada 6 September nanti. Anda boleh saksikan gambar-gambar tersebut dibawah.

Berikut adalah sinopsis rasmi episod premier Titans musim kedua:

‚ÄúFollowing directly after the apocalyptic events of last season‚Äôs finale. With Rachel‚Äôs father, Trigon (guest star SEAMUS DEVER) having successfully turned Dick dark, he sets out to win the others over to his side by embracing their inner darkness. With everyone under Trigon‚Äôs control, Rachel and Gar find themselves fighting what seems like a hopeless battle against the powers of Trigon.‚ÄĚ

Titans mengisahkan sekumpulan adiwira muda dari DC Universe yang terdiri daripada Dick Grayson dan Rachel Roth. Mereka berdua turut disertai beberapa adiwira lain seperti Starfire dan Beast. Bersama-sama, mereka menjadi sebuah keluarga dan membentuk kumpulan adiwira.


Brenton Thwaites memainkan peranan utama sebagai Dick Grayson/Robin, Teagan Croft sebagai Raven, Anna Diop sebagai Koriand’r/Starfire, Alan Ritchson dan Minka Kelly sebagai Hawk dan Dove, manakala Bruno Bichir sebagai Dr. Niles Caulder, dan Lindsey Gort sebagai Police Detective Amy Rohrbach.

Musim kedua juga bakal menampilkan pelakon-pelakon baru seperti Joshua Orpin sebagai Conner Kent/Superboy, Esai Morales sebagai Deathstroke, Chella Man sebagai anak Deathstroke, Jericho Wilson, Chelsea T. Zhang sebagai anak perempuan Deathstroke, Rose Wilson (aka The Ravager), Iain Glen sebagai Bruce Wayne, Natlie Gumede sebagai Mercy Graves dan Drew Van Acker sebagai Aqualad.

Siri televisyen Titans boleh didapati diplatform penstriman video DC Universe mulai 6 September ini.


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem ‚ÄúSuperman Live‚ÄĚ Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee