Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala


Beberapa gambar terbaru untuk siri MCU Disney+ Hotstar Ms. Marvel yang akan datang telah dikeluarkan, menonjolkan kuasa yang dimiliki Kamala Khan, dunia peminat superhero dan banyak lagi. 

Gambar terbaru itu datang dari liputan Empire untuk siri Ms. Marvel baru-baru ini. Ia memaparkan Iman Vellani sebagai Kamalan Khan di pelbagai lokasi, termasuklah dia berlegar-legar di langit dan bersedia untuk melepaskan beberapa kuasanya.

Dalam gamabr lain, Khan dilihat sedang membuat persembahan, berpakaian ‘cosplay’ Captain Marvel dengan beberapa orang dibelakangnya juga memakai pelbagai kostum bertemakan Captain Marvel. Anda boleh lihat gambar-gambar tersebut dibawah:

“Ms. Marvel ialah siri baharu dan asli yang memperkenalkan Kamala Khan, seorang remaja Muslim Amerika yang membesar di Jersey City,” menurut sinopsis yang dikemas kini.

“Seorang pengemar permainan video dan penulis fiksyen yang rakus, Kamala adalah peminat besar Super Hero dengan imaginasi yang terlampau besar – terutamanya terhadap Captain Marvel. Namun Kamala berasa dia seperti tidak sesuai berada di sekolah dan kadangkala di rumah – sehinggalah, dia mendapat kuasa super seperti wira yang disanjunginya. Kehidupan menjadi lebih baik dengan kuasa hebat, bukan?”


Khan akan membuat penampilan sulungnya dalam Ms. Marvel sebelum menyertai rakan wira yang berkuasa kosmik, Carol Danvers (Brie Larson) dan Monica Rambeau (Teyonah Parris) menerusi filem The Marvels yang akan dilancarkan tahun depan.

Ms. Marvel turut dibintangi Aramis Knight, Saagar Shaikh, Rish Shah, Zenobia Shroff, Mohan Kapur, Matt Lintz, Yasmeen Fletcher, Laith Nakli, Azhar Usman, Travina Springer, dan Nimra Bucha.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee