Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Gambar Terbaru MISSION: IMPOSSIBLE 7 Papar Aksi Kejar-Mengejar Kereta Melibatkan Tom Cruise & Hayley Atwell

Percaya atau tidak, Tom Cruise kini berusia 58 tahun, tetapi masih berani melakukan aksi lagak ngeri. Dalam gambar terbaru Mission: Impossible 7 yang dikongsikan Just Jared, Tom Cruise bersama bintang Captain America, Hayley Atwell dilihat sedang melakukan aksi kejar-mengejar kereta di set penggambaran di Rome, Italy. 

Walaupun pandemik masih belum reda, penggambaran Mission: Impossible 7 tetap diteruskan dengan mematuhi protokol keselamatan COVID-19. Gambar tersebut memaparkan Cruise memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan. 

Mission: Impossible 7 dibintangi Tom Cruise sebagai watak utama Ethan Hunt, serta beberapa pelakon lain seperti Rebecca Ferguson, Hayley Atwell, Simon Pegg, Ving Rhames, Henry Czerny, Shea Whigham, Pom Klementieff dan Esai Morales sebagai antagonis utama, menggantikan tempat Nicolas Hoult yang terpaksa berundur dari projek Mission: Impossible 7 disebabkan masalah jadual.

Paramount Pictures telah menetapkan tarikh tayangan dua filem terbaru Mission: Impossible iaitu pada  19 November 2021 dan 4 November 2022.

Sumber: Just Jared

Related posts

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee

Christian Bale Botakkan Kepala Demi Wataknya Dalam Filem “Thor: Love & Thunder”

Kakimuvee